Silent Screamer.

<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d2311103088097426775\x26blogName\x3dcan+i+be+someone+else?\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://teddybearsayabesar.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://teddybearsayabesar.blogspot.com/\x26vt\x3d-6886296349489792511', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
#Silent Screamer.
sepucuk surat bersampul putih.
"nak air tak?""nak!"aku mengongsikan air aku dengan alia.alia adalah sahabat karibku.dia juga sahabat baik ku.walaupun perangainya seperti tom boy,tingkah lakunya sentiasa menarik perhatian sesiapa sahaja yang berkawan dengannya termasuk aku.setiap petang,alia selalu datang ke rumahku untung bermain bersamaku.kami selalu bermain ting-ting,congkak,guli bersama-sama.keakraban kami membuatkan budak-budak di kampung itu cemburu kerana kemana saja alia pergi,aku mesti ada.
pada setiap malam pula,aku akan datang ke rumah alia untuk pergi mengaji dengan ayahnya.begitulah hari-hari yang aku lalui...
tetapi,semuanya telah berubah sebaik saja alia pergi mengikut keluarganya pindah ke johor.hidup aku tidak lagi macam dulu.sedang aku leka mengingatkan kenangan antara aku dan alia,seorang budak lelaki yang berumur 6 tahun berlari ke arah ku lalu menghulurkan sepucuk surat yang bersampulkan putih kepadaku.tanpa bertanya,aku mengambil surat itu."kenapa sampul ini berwarna putih?"
                       
                                                         daripada:alia
                                                 kepada:nisa'

aku tulisan yang menyatakan penghantarnya dengan rasa pelik.setahu aku,alia akan menghantarkan surat yang bersampulkan biru sahaja.dia juga pernah berkata padaku di awal perkenalan kami,"kalau alia nak main-main surat,alia akan hantar surat berwarna biru tau? dan nisa' harus membalas surat alia dengan bersampulkan biru juga".aku teringat kata-kata alia.tanpa berfikir lagi,aku membuka sampul itu lalu membaca...


Assalamualaikum sahabatku,

di sini aku ingin memohon maaf dari hujung rambut ke hujung kaki.maafkanlah segala salah silapku.halalkanlah setiap perbuatan,tingkah lakuku sepanjang kita berkawan.aku ingin mengatakan yang aku gembira sepanjang persahabatan kita.tiada kenangan yang lebih manis buatku dari bersahabat dengan kamu.terima kasih aku ucapkan kerana sudi berkawan dengan aku.berkawan dengan kau adalah satu nikmat yang telah Allah kurniakan pada setiap yang bersahabat dengan kau.kau seorang yang penyayang.kau seorang yang lemah lembut malah kau seorang adalah orang yang memadam api kemarahanku pada setiap kali api kemarahanku membara.terima kasih sahabatku.aku harap..kau akan mendapat kawan yang lebih baik dari aku.akhir kata,tidak mungkin aku akan melupakan kenangan manis antara kita.sampaikan salam aku kepada semua ahli keluarga kau.
                                                                                                                       sahabatmu,                                          
                                                                                                                                     alia                                                                                                                (nurul alia azman)

menitis air mataku apabila membaca isi kandungan surat yang bersampulkan putih ini.tiada ucapan yang mampu aku ungkapkan.aku melangkah menaiki anak tangga sebaik sahaja membaca surat kawanku.sebaik sahaja kakiku melangkah ke dalam rumah,aku terus berlari kedalam bilik lalu terus menekup mukaku dengan bantal.mengenangkan kenangan diantara aku dan alia.TUK!TUK!TUK!bunyi ketukan pintu menyebabkan  aku terkejut lalu mengesat air mataku.aku tidak mahu ibuku tahu apa yang terjadi kepadaku.ibu seolah-olah tahu aku menangis lalu dia bertanya kepadaku,"mengapa kau menangis?"tidak!nisa' tidak menangis lah bu.."aku menafikan tangisanku."kalau tidak kenapa bantal kau basah?"aku terus ditanya dengan beberapa soalan cepumas.aku terdiam.tiba-tiba,ibu mengambil surat yang baru saja aku letakkan di bawah bantalku."ini surat apa?"aku terdiam.tidak tahu apakah jawapan yang paling sesuai untuk aku berikan kepada ibu.ibu membuka surat itu dengan perlahan-lahan membuatkan aku menangis lagi.ibu terus membaca isi kandungan surat itu."ini surat daripada alia?""ya,ibu.ini surat yang nisa' dapat sebaik sahaja alia pergi beberapa jam yang lalu".aku menjawab pertanyaan ibu dengan tenang.ibu,alia kirim salam."aku mereruskan kata-kataku sebaik sahaja aku menjawab pertanyaan ibu."waalaikumsalam"ibu menjawab salam alia.
Kring!Kring!Kring!Kring!sebaik mendengar bunyi telefon rumah,aku berlari keluar bilik untuk mendapatkan telefon yang terletak di sudut ruang tamu bersebelahan dengan televisyen.aku mengangkat ganggang telefon."hello..."dalam keadaan menangis,aku menjawab."assalamualaikum,nisa'."suara di talian membuatkan aku berdebar-debar."waalaikumsalam."sebagai seorang islam,aku menjawab salam."alia....alia....""alia kenapa makcik?"aku semakin berdebar-debar apabila ibu nisa' tidak meneuskan kata-katanya."alia meninggal,nisa'.."aku gugup.ganggang telefon yang sebentar tadi aku pegang terus terjatuh ke atas lantai."makkkkkkkkkkkkk!!!alia pergi tinggalkan nisa'!!!"

sejak dari itu,aku selalu bersendiri.hidup aku seperti si buta hilang tongkat apabila orang yang aku sayang pergi meninggalkan aku.
Sunday, July 17, 2011 | 7:26 AM | 0 comments

OLD / NEW